Wednesday, October 3, 2012

PENGALAMAN MERAWAT JARAK JAUH (MAKRIFAT)

Bismillahirrahmanirrahim dan selawat serta salam untuk Junjungan baginda dan ahli bait.

Merawat cara jarak jauh saya lakukan bila keadaan terdesak sahaja yakni bila pesakit dalam koma, pesakit berada dalam ICU atau pesakit berada jauh tetapi ahli waris datang menemui untuk tujuan ini. Ada ketika saya lakukan rawatan makriat dalam diam memandangkan pesakit atau waris sememangnya tidak mempercayai kaedah ini dan pertolongan ini saya lakukan kerana Allah Taala jua.

Bayi baru lahir di sahkan jantung berlubang

Bayi ini merupakan anak saudara saya namun ibunya seorang staff nurse dan bekerja di Pusat Perubatan Glenneagle manakala ayahnya adalah Juru Farmasi, pakar dalam ujian darah, tidak begitu mempercayai kaedah rawatan Islam apatah lagi kaedah kebatinan makriat. Ibunya berkali-kali menyuruh agar meminta saya melakukan rawatan kaedah makrifat namun beliau mendiamkan diri.

Menurut doktor yang merawat bayi ini, bayi ini memerlukan tempoh sebulan untuk di rawat bagi memastikan jantungnya stabil. Walaupun sibapa mempunyai masalah kewangan namun beliau lebih sanggup mencari wang dan membayarnya kepada pihak hospital daripada berubat menggunakan kemukjizatan al Quran.

Kalau diikutkan hati, saya tidak akan melayani karenah mereka yang merendahkan martabat Tuhan. Allah Tuhan yang maha Esa maha berkuasa atas segala-galanya dan Dia akan mengizinkan keajaiban berlaku kepada hamba yang di redhai Nya melalui tangan para penyembuh spiritual. Mertua saya mendesak saya agar melakukan sesuatu yakni cara rawatan jarak jauh untuk cucunya ini dan jangan pedulikan pemikiran anak menantunya yang dah teracun dengan sistem perubatan barat yang nyata sesat dan menyesatkan.

Saya lembutkan hati dan tenangkan fikiran dengan solat. Biarlah keikhlasan menjelma terlebih dahulu agar usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Nya. Selesai solat, berwirid dan berzikir dan kedudukan masih di atas tikar sejadah, saya memulakan gerak makrifat dari Kaedah Penyembuhan Tapak Tangan dan Kaedah Penyembuhan Sunan Kalijaga. Di susuli dengan doa Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi dan Ismullah Al A`dzham , saya bermunajat agar Allah SWT mengabulkan doa saya dan menggerakkan kedua tangan saya melakukan terapi makrifat keatas bayi yang saya bayangkan berada di hadapan saya. Dia menggerakkan tangan saya yang tertempel nama Nya Al Fatah (Maha Pembuka) - yakni menyalurkan energi/aura/gelombang pemusnah ke kepala bayi ini (ubun-ubun) menerobos ke setiap urat saraf bagi membuka setiap sumbatan dan memastikan perjalanan darah berjalan lancar bagi memastikan kesempurnaan jantung bayi ini berfungsi seperti asal kejadian ciptaan Ilahi, ciptaan yang sempurna.
Gerakan kedua dari tangan yang tertempel nama Nya Al Muntaqim (Maha Penyeksa) , menyalurkan energi dari percikan gelombang api neraka yang membakar penyakit di bahagian jantung dan membakar jin dan syaitan yang menyekat perjalanan darah sehingga kesempurnaan ciptaan jantung bayi ini belum sesempurna mengikut jadual takdir asalnya.

Rawatan ini saya lakukan selama 7 hari berturut-turut dan hasilnya doktor membenarkan bayi ini pulang selepas mengesahkan keadaan jantung bayi ini sudah stabil iaitu lubang dijantung tertutup sendiri dalamasa 7 hari. Tempoh sebulan yang di beri oleh pihak hospital di singkatkan kerana mereka tiada apa-apa lagi rawatan yang perlu di lakukan kerana jantung berlubang sudah kembali normal.


Pesakit Stroke di ICU

Saya di datangi seorang lelaki menanyakan bolehkan pesakit di rawat secara jarak jauh. Menurut lelaki ini, pesakit itu adalah isterinya dan beliau tiba-tiba sahaja mendapat stroke tanpa ada tanda-tanda awal. Isterinya adalah seorang peniaga kedai makanan dan beliau adalah peniaga yang mula-mula berniaga di tapak bangunan kedai itu sebelum beberapa lagi peniaga makanan lain mula berniaga.

Kemudian lelaki ini memberitahu bahawa adiknya yang selalu berjumpa saya untuk belajar dan kerap membawa pesakit-pesakit lain yang menyuruh beliau berjumpa saya. Memandangkan pesakit baru sahaja diserang penyakit stroke ini dan berada di ICU, saya mendoakan air penawar untuk di sapu pada anggota yang sakit dan minum.

Tiga hari selepas itu, mereka suami isteri datang kerumah saya dalam keadaan isterinya kesakitan tercekik. Mereka sebenarnya datang dari Port Dickson , bersantai di sana untuk berendam dalam pasir mengikut petua orang yang kena stroke. Isterinya pulih setelah meminum air penawar yang saya bekalkan dan di sapu di anggota sakit. Kebetulan mereka singgah di Carrefour Ampang untuk makan tengahari dan semasa makan lah si isteri tercekik. Pada firasat saya, dia bukak tercekik tetapi di cekik oleh makhluk halus.

Penyakit stroke adalah akibat dari jin yang bernama Rihul Ahmar dan apabila jin sudah di usir dari tubuh dengan air penawar, pulih la badan. Air penawar adalah ubat paling mustajab kerana ia mudah dan cepat sebati dengan tubuh kerana komposisi tubuh pun adalah 70% terdiri dari air. Air yang di doakan ibarat asid bagi jin dan syaitan, sekiranya mereka kekal duduk di saluran darah, mereka akan kesakitan dan cedera teruk dengan hanya air. Panduan saya paling mudah sesudah pesakit sembuh iaitu kekalkan diri berada didalam keadaan berwuduk dan zikir atau selawat yang tidak putus-putus, bukannya susah kalau mahu pendinding diri tapi sebenarnya itu yang paling susah orang nak lakukan.

Pesakit hanya duduk di kerusi menahan kesakitan sambil menangis seperti kanak-kanak. Saya hanya meletakkan tangan kanan di ubun-ubun dan tangan kiri di bahagian leher, berniat, makriat dan zikir. Dalam 10 minit, pesakit nampak segar, kesakitan hilang serta merta dan beliau tidak menangis lagi. Pada saya jelas lagi nyata, kalau selepas diterapi dengan gelombang Nur Syifa ini, kesakitan hilang serta merta atau penyakit beransur baik maka yang menjadi penyakit itu adalah akibat kemasukan jin dan syaitan kedalam tubuh yang mengganggu sistem tubuh.

Banyak orang berkata, sikit-sikit jin, asyik-asyik jin. Dah memang kerja dia, kan Iblis meminta tangguh sampai hari kiamat untuk mengganggu anak Adam ni. Yang jarang kena penyakit apa pun terutama penyakit jantung adalah ahli zikir dan sentiasa kekal dalam berwudu. Mungkin yang tak percaya penyakit gangguan jin ini adalah manusia soleh yang macam ni lah. Hati dia sentiasa ingat Allah dan keje dia asyik nak solat aje.

Bila dapat berbicara, si isteri menceritakan bahawa dia syak sakit yang dia tanggung adalah akibat permainan sihir. Apa itu sihir?

No comments:
Write komentar

Terimakasih Atas Kunjungan Anda..
Kritik dan Saran Anda membantu blog ini lebih baik..